Program Khidmat Bakti Peserta kursus DSSK | ![]() | ![]() | ![]() |
Pada 16 dan 17 Januari 2010, seramai 43 orang peserta kursus Diploma Siswazah Sains Koreksional (DSSK) yang sedang menjalani kursus di Akademi koreksional Malaysia (AKM) Langkawi, telah mengadakan Program Khidmat Bakti Masyarakat di dua tempat yang berasingan. Pada 16 Januari 2010, mereka telah menjalankan aktiviti membersih Masjid Al-Hana Kuah, sementara pada 17 Januari 2010 pula diadakan aktiviti membersih masjid, Rumah Anak Yatim dan Miskin dan membersih kubur di Kampung Keda. Turut serta dalam program ini ialah Penyeleras Kursus, PP Adinaraina a/l Subramaniam. Program yang dijalankan selama 2 hari ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada peserta-peserta kursus mendekati serta menzahirkan keperihatinan warga jabatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. ![]() Penyelaras Kursus, PP Adinaraina bersama-sama peserta kursus dan penduduk setempat sedang mengacau bubur asyura yang diadakan di Masjid Al-Hana pada hari yang sama program diadakan.
Peserta sedang membersih Perkarangan Masjid Al-Hana Kerja-kerja membersih Masjid Al-Hana Seorang peserta sedang memotong rumput di perkarangan Rumah Anak Yatim & Miskin Daerah Langkawi
Membersih kawasan tanah perkuburan Kampung Keda
|