Saturday, April 17, 2010

Majlis Serah Terima TugasPDFPrintE-mail
Pada 5 Oktober 2009, bertempat di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia (AKM) Langkawi, telah berlangsungnya satu lagi peristiwa yang akan tercatat dalam lipatan sejarah AKM iaitu Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, di antara PKK Hj. Kushairi bin Manap dan PKK Abdul Aziz bin Abdul Razak. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan PKK Hj. Kushairi bin Manap menerima tabik hormat daripada pasukan Kawalan Suku dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan.

Sejurus kemudian diikuti dengan ketibaan Pengarah AKM baru iaitu PKK Abdul Aziz bin Abdul Razak. Majlis disusuli dengan nyanyian lagu Negara Ku dan Bakti Setia dan diikuti dengan ucapan oleh PKK Hj. Kushairi bin Manap. Antara petikan ucapan beliau adalah mengingatkan kepada semua kakitangan khususnya kakitangan AKM agar memberikan komitmen yang tinggi kepada teraju kepimpinan AKM yang baru agar misi dan visi jabatan tercapai.

Majlis seterusnya diikuti dengan upacara menanda tangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa. Majlis ini telah disaksikan oleh TKPj. Mohd. Sakeri bin Hj. Dollah, Pengarah Penjara Bentong, Pahang.

Dalam ucapan balasnya, Pengarah AKM yang baru, PKK Abdul Aziz bin Abdul Razak menyeru semua anggota agar memberi kerjasama yang padu kepada beliau dalam menjayakan misi Jabatan dalam menerajui AKM ke peringkat antarabangsa. Majlis berakhir dengan upacara menerima tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan kawalan suku oleh Pengarah yang baru. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ketua-ketua jabatan Daerah Langkawi dan pengarah-pengarah penjara zon utara.

No comments:

Post a Comment