
Bismillahirrahmaanirahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Salam sejahtera dan selamat datang ke Laman Web Rasmi Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah kami membangunkan laman web ini. Kewujudan laman web ini merupakan satu lagi langkah pro aktif AKM dalam usaha bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam segala urusan harian masa kini.
Akademi ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2006. Ianya merupakan sebuah organisasi latihan yang menawarkan kursus pengurusan kepenjaraan di peringkat dalaman dan antarabangsa khususnya kepada agensi koreksional di rantau Asia Pasifik. Ianya diwujudkan bagi membangunkan potensi pegawai-pegawai meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kepimpinan, pengurusan, perancangan, penyelidikan, penganalisaan dan pelaksanaan. Dalam merealisasikan harapan ini, AKM telah menyediakan program-program latihan yang selaras dengan keperluan terkini dalam bidang koreksional, psikologi, kriminologi, pengurusan dan sistem keadilan jenayah.
Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi manfaat dan memudahkan para pengguna melayarinya seterusnya memperolehi maklumat berkaitan dengan latihan serta kursus-kursus yang dijalankan di Akademi Koreksional Malaysia.
Sekian, terima kasih.
“MESRA IKHLAS DAN BERBAKTI”
PKK ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAZAK
Pengarah
Akademi Koreksional Malaysia.
No comments:
Post a Comment