Sejarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi ini bermula pada 7 February 2007 iaitu semasa majlis serah menyerah antara Jabatan Kerja Raya dengan Jabatan Penjara Malaysia. Satu majlis Penyerahan dan Penerimaan telah dibuat di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia di mana Jabatan Penjara diwakili Dato’ Jamil Bin Haji Salleh(Pengarah Pembangunan) dan Jabatan Kerja Raya dengan dihadiri oleh Y. Bhg Datuk Mustapa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis tersebut adalah merupakan satu penyerahan Akademi Koreksional Malaysia Langkawi kepada Jabatan Penjara Malaysia oleh Jabatan Kerja Raya setelah pihak Jabatan Kerja Raya telah siap dalam kerja-kerja pengubahsuaian Akademi Koreksional Langkawi yang pada asalnya Akademi Koreksional Malaysia Langkawi ini dikenali sebagai “Resort The Gate”.
No comments:
Post a Comment