Sambutan Ma'al Hijrah | ![]() | ![]() | ![]() |
Pada 17 Disember 2009 bertempat di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah diadakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1431 peringkat AKM. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, PKK Abdul Aziz bin Abdul Razak, yang dihadiri oleh semua kakitangan AKM dan peserta-peserta Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara (STPP) / Diploma Siswazah Sains Koreksional (DSSK). Kemuncak Majlis Sambutan tersebut ialah pengurniaan Tokoh Ma’al Hijrah peringkat AKM Langkawi kepada kakitangan. Pengurniaan yang julung-julung kali diadakan ini telah dianugerahkan kepada PP Adinaraina a/l Subramaniam bagi kategori Pengurusan manakala bagi kategori Sokongan pula telah dianugerahkan kepada KIP Nor Asmadi bin Mohd Noor. Serentak dengan majlis ini juga, turut diadakan pelancaran Tabung Amal Jariah Surau AKM yang juga telah disempurnakan oleh Y.S. Pengarah AKM. Majlis bersambung pada sebelah petang dengan bacaan doa akhir dan awal tahun bertempat di Surau AKM. ![]() ![]() ![]() |
No comments:
Post a Comment